Webinar Berkala - Kelas Bahasa Inggeris (Edisi Ke-5)

5 Oktober 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 4 Oktober 2025, NADI Kampung Surau telah berjaya menguruskan dan menjalankan Kelas Bahasa Inggeris secara atas talian. Kelas ini terbuka kepada pelajar dari tingkatan 1 sehingga 5. Kelas bermula jam 2:30 petang hingga 4:30 petang.

Kelas Bahasa Inggeris pada minggu ini, pelajar mempelajari cara menjawab soalan pemahaman vocubulary dan analisis teks. Melalui pembelajaran interaktif, latihan soalan peperiksaan, serta bimbingan individu, pelajar dapat meningkatkan kemahiran membina dan menyambung perkataan dengan lebih baik. Pelajar diberi keterangan melalui modul yang merangkumi bahan pengajaran, rujukan video, penilaian dan maklum balas bagi memastikan pembelajaran yang berterusan.

Kelas Bahasa Inggeris membantu pelajar untuk membina asas yang kukuh untuk masa depan dan menjadikan NADI sebagai platform utama penyaluran manfaat untuk menyokong literasi digital dalam pendidikan di Malaysia. Selain itu, program seperti ini dapat mempromosikan lagi Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) kepada komuniti berkenaan dengan perkhidmatan yang disediakan oleh NADI.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali